#belajarmengait

 

Hi kawan-kawan sekalian!  Adakah anda peminat kaitan-kaitan comel dan anda ingin belajar mengait?  Marilah, kita belajar bersama-sama!

Mengait dengan satu jarum adalah dikenali sebagai “Crochet” manakala mengait dengan dua jarum adalah “Knitting” atau “Knit”.  Kedua-dua cara mengait ada keistimewaannya tersendiri.

Hari ini, izinkan saya untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai cara-cara untuk memulakan hobi “crochet” ini.

Beberapa Amigurumi yang saya sukai!

Barang Asas untuk bermula mengait

 Barang asas yang diperlukan :

  1. Benang Akrilik / “Acrylic yarn” atau Benang Milk Cotton / “Milk Cotton yarn”
    • Pelbagai benang yang boleh didapati dari kedai-kedai kraftangan di Malaysia. Antara jenama-jenama yang dikenali ramai adalah seperti  Nona, Minlon, Sakura, Wina dan Orion Top.  Namun begitu, semenjak belian online menular di Malaysia, banyak pilihan yang boleh didapati dari Lazada dan Shopee.  Antara benang yang disukai ramai adalah jenis “Milk Cotton”.  Ianya boleh didapati dalam 4-urat (4-ply) atau 5-urat(5-ply).  Pilihan saya ialah 4-ply sebab ianya tidak terlalu tebal dan amat lembut.  Sesuai untuk pelbagai corak kaitan – kasut bayi, amigurumi/patung kaitan yang disumbat dengan polyester, baju bayi, ikatan kepala dan lain-lain.
  2. Gunting
  3. Jarum mengait 
    • Jarum mengait atau “crochet hook” mempunyai pelbagai ukuran/size.  Pemilihan ukuran jarum bergantung kepada benang yang dipilih.
    • Kebanyakan label benang akan mencadangkan ukuran jarum yang sesuai.  [Tips memilih : Semakin halus benang, semakin kecil ukuran jarum yang diperlukan.]

Dalam label contoh di atas, jarum mengait yang sesuai ialah “4mm” – yang tertera pada “needle size”.

Jikalau label benang tidak mencatatkan “needle size”, anda boleh mencuba dengan size 4mm untuk benang 4-ply.  Kalau jarum 4mm tidak sesuai, tukar kepada yang lebih kecil jikalau benang itu lebih halus berbanding dengan 4-ply.

Barang tambahan yang mungkin diperlukan apabila membuat amigurumi:

    1. Jarum jahitan
      • Jarum jahitan diperlukan untuk menyembunyikan atau menyimpul benang lebihan.  Biasanya, jarum jahitan berlubang besar diperlukan.  Ianya dikenali sebagai “tapestry needle” sekiranya anda perlu mencarinya online di Lazada atau Shopee.  Satu lagi keistimewaan jarum ini ialah ianya menpunyai hujung yang tumpul.
    2. Penanda jahitan
      • Penanda jahitan biasanya diperlukan apabila mengait dalam bulatan terutamanya untuk mengait amigurumi.  Ianya digunakan untuk menanda jahitan pertama dalam setiap barisan jahitan itu.  Ini akan memudahkan kiraan barisan and menyenangkan anda mengikuti corak yang tertulis.

    Antara gambar-gambar barang kaitan asas yang digunakan adalah dipamerkan di bawah :

    Jenis Jahitan Asas

    Untuk memulakan pembelajaran kaitan “crochet”, anda harus memahami dan mencuba jahitan asas tersebut :

    1. Slip Knot – Simpulan Slip
    2. Single Crochet
      • Single Crochet biasanya ditanda sebagai sc dalam diagram jahitan.  Anda boleh merujuk kepada tutorial dibawah untuk mempelajari jahitan “single crochet
    3. Double Crochet
      • Double Crochet biasanya ditanda sebagai DC dalam diagram jahitan.  Anda boleh merujuk kepada tutorial dibawah untuk mempelajari jahitan “double crochet
    4. Magic Circle / Magic Ring
      • Magic Circle / Magic Ring biasanya ditanda sebagai MC/MR dalam diagram jahitan.  Jahitan ini sesuai untuk permulaan jahitan amigurumi.

    Kebanyakan corak kaitan adalah mengunakan kombinasi jahitan-jahitan asas di atas.

    Tutorial untuk belajar mengait jahitan boleh didapati di bawah :

     

    Pelbagai project yang saya mulakan sejak tahun 2019 : kasut bayi, ikatan kepala bayi dan Amigurumi Baby whale.

    Saya memang minat hobi mengait semenjak di sekolah rendah.  Arwah nenek yang mengajar saya mengait and jarum dan benang yang digunakan nenek masih dalam simpanan kotak-kotak sebagai kenangan.  Hobi mengait ini adalah aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan harian.  Setelah penat seharian dengan kerja rumah atau kerja di pejabat, mengait sambil mendengar melodi kesukaan anda memang boleh membawa kita ke alam idaman…..hahahaha!

    Saya harap pengkongsian ini akan membawa sedikit sebanyak manfaat untuk kawan-kawan sekalian yang baru berjinak dengan hobi ini.

    Kegemaran atau hobi ini semakin popular di kalangan anak-anak muda.  Ianya juga adalah lebih baik daripada anak-anak memenuhi masa di hadapan televisyen atau komputer, kan?

    Berminat untuk memulakan bisnes mengait melalui buku “Knitting for profit“atau berminat untuk belajar melalui online kelas, sila e-mel saya : violetdrizzle98@gmail.com.

    Kalau anda ingin mengikuti perkembangan seterusnya mengenai corak-corak baru dan promosi barangan Violet Drizzle, silalah “subscribe” melalui ruang di bawah ini.

    Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!

    #StaySafe